19th TRIPARTITE MEETING
Pada 5 November 2022, satu mesyuarat Tripartite telah diadakan di Bali, Indonesia. Mesyuarat kali ke – 19 itu dihadiri oleh Ahli Majlis Eksekutif dari PEJUTA, The Association of Registered & Licensed Land Surveyors, Sabah (SAJUTA) dan Association of Consulting Licensed Land Surveyors Sarawak (ACLS).
Mesyuarat tersebut berlangsung selama tiga (3) jam dan dimulai dengan kata – kata aluan daripada presiden setiap persatuan. Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan laporan yang dibentangkan oleh Setiausaha Agung bagi setiap persatuan.
Mesyuarat diakhiri dengan pelantikan hos bagi mesyuarat Tripartite yang akan datang iaitu ACLS serta ucapan penutup daripada presiden setiap persatuan.











