TAKLIMAT PEMBENTANGAN GARIS PANDUAN PENYERAGAMAN PELANPEMBANGUNAN, PENYERAGAMAN PELAN PENGAMBILAN DANPEMBENTANGAN PROFESIONAL – LOT LIDI : ISU DAN CABARAN DINEGERI KEDAH.
Program kolaborasi di antara pihak PTG Kedah dan PEJUTA pada 07 Februari 2023 telah diadakan dengan jayanya bertempat di RAIA Hotel & Convention Center, Alor Setar, Kedah.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi menyelaraskan keseragaman format pelan-pelan permohonan ukur yang dikemukakan kepada setiap Pejabat Daerah dan Tanah dalam negeri Kedah.
Dengan adanya keseragaman format ini maka dapat mengelakkan isu-isu kelainan format apabila Juruukur Tanah Berlesen menyerahkan pelan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah.
Majlis taklimat ini dirasmikan oleh Puan Zulfatul Husna binti Zakaria, Timbalan Pengarah PTG (Pendaftaran). Dalam ucapan pembukaannya menekankan Penyeragaman Format Pelan ini akan digunapakai oleh setiap Pejabat Daerah dan Tanah serta Juruukur Tanah Berlesen bagi memantapkan proses permohonan Pembangunan Tanah.
Puan Nurul Azhani binti Shaharim, Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) telah membentangkan Penyeragaman Pelan Pembangunan dan Pengambilan malah En Ahmad Wizan bin Mohd Thani, Pengerusi Jawatankuasa turut membentangkan mengenai Lot Lidi : Isu, cabaran dan Hala Tuju.
Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan cadangan penambaikkan daripada peserta. Majlis taklimat ini dihadiri oleh 39 Juruukur Tanah Berlesen dari Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Kelantan. Seramai 72 kakitangan PTG, PBT, PTD, Jupem, Redha daripada Kedah dan Perlis juga turut serta.










