YOUNG SURVEYORS’ SEMINAR 2023
Young Surveyors’ Seminar 2023 telah diadakan pada 11 Februari 2023 bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
En Ahmad Wizan bin Mohd Thani selaku pengerusi Jawatankuasa telah memberikan penerangan mengenai Lot Lidi, Isu dan Cabaran.
Peserta diberikan kesedaran mengenai masalah yang timbul hasil daripada pembangunan Lot Lidi yang tidak selaras dengan perancangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa juga mengambil kesempatan untuk memberi nasihat kepada para peserta yang terdiri daripada Article Pupil supaya memberi komitmen yang konsisten untuk melengkapkan segala tugasan ke arah menjadi Juruukur Tanah Berlesen.

















