KL GeoHydro 2023
Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan FIG telah mengadakan persidangan ‘KL GeoHydro 2023: Conference & Exhibition’ yang bertemakan “Prospects and Technological Development in Hydrography” pada 28 Februari – 1 Mac 2023 bertempat di Shangri-La Kuala Lumpur.
Persidangan KL GeoHydro telah berjaya dianjurkan di Kuala Lumpur sebanyak tiga (3) kali sejak tahun 2019. Objektif utama KL GeoHydro 2023 adalah untuk menyediakan platform bagi membentangkan penyelidikan terkini, berkongsi teknologi baharu, dan bertukar idea dalam kalangan profesional dari sektor Kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Industri dan Jurukur Tanah Berlesen dalam dan luar Malaysia yang berkaitan dengan bidang Ukur dan Geospatial, khususnya dalam bidang Hidrografi.

























































































