SESI DIALOG AHLI PEJUTA NEGERI SEMBILAN, SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Sesi Dialog bersama Ahli PEJUTA Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 09 Mei 2023 bertempat di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 82 Juruukur Tanah Berlesen.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah seperti Isu berkaitan pihak JUPEM negeri menolak Pelan Akui dan Isu hakmilik sementara yang tidak didaftarkan sebagai hakmilik muktamad.
Pada sesi dialog ini, isu yang dibangkitkan telah dibawa serta dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kadaster PEJUTA yang dipengerusikan oleh En. Ahmad Wizan bin Mohd Thani.








