TAKLIMAT GEODESI BERKENAAN DATUM RUJUKAN SEMASA OLEH JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

PEJUTA > Talk > TAKLIMAT GEODESI BERKENAAN DATUM RUJUKAN SEMASA OLEH JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

TAKLIMAT GEODESI BERKENAAN DATUM RUJUKAN SEMASA OLEH JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

Pada 09 Mei 2023, program taklimat geodesi berkenaan datum rujukan semasa yang disampaikan oleh Sr Dr. Muhammad Asyran bin Che Amat, Ketua Penolong Pengarah Ukur, Seksyen Pengurusan dan Pembangunan Kadaster, Sr Zuhairy bin Ibrahim, Pengarah Ukur Seksyen Infrastruktur Rujukan Spatial, dan Sr Muhammad Husaini bin Ya’cob, Pengarah Ukur Seksyen Perkhidmatan dan Penyelarasan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah berlangsung di Doubletree By Hilton Kuala Lumpur (The Intermark).

Peserta yang hadir diberikan penerangan berkenaan Horizontal Geodetic Infrastructures, Vertical Geodetic Infrastructures dan Tidal Infrastructures & Islamic Astronomy.

Aplikasi Mudah Alih JUPEM MyRTKnet yang telah dibangunkan oleh JUPEM adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan maklumat ringkas seperti status dan maklumat stesen MyRTKnet, jenis cerapan yang ditawarkan serta kemudahan untuk pengguna memberi maklumbalas atau aduan mengenai Sistem MyRTKnet.

Selain itu, JUPEM juga membangunkan aplikasi bagi Sistem Kawalan Dan Pemprosesan Data Air Pasang Surut yang merujuk kepada MSL. Aplikasi MyKiblat adalah aplikasi saintifik yang menggunakan koordinat peranti pengguna untuk menghitung azimut kiblat, waktu solat dan waktu lintasan matahari di atas garisan kiblat. Dengan menggunakan aplikasi in, pengguna dapat mencari arah kiblat melalui 3 panduan iaitu, secara Augmented Reality atau paparan peta atau menggunakan kaedah bayang matahari.