Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2023
PEJUTA telah menganjurkan sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2023 pada 09 Mei 2023 bertempat di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2023 ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Ahli- Ahli PEJUTA, Ahli Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) dan Kolej Sains Geospatial dan Teknologi (GSTC).













