BENGKEL MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN BAHAGIAN 2 : GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN LAPORAN

PEJUTA > Workshop > BENGKEL MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN BAHAGIAN 2 : GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN LAPORAN

BENGKEL MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN BAHAGIAN 2 : GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN LAPORAN

Satu bengkel untuk menjawab soalan Peperiksaan Bahagian 2: Garis Panduan Menyediakan Laporan telah diadakan pada 15 dan 16 Julai 2023 di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Pembentang dalam bengkel tersebut adalah Dr. Noordin bin Ahmad (Ahli Lembaga LJT / IPP PEJUTA), Dr. Tan Liat Choon (UTM), dan En. Siew Siew Weng (Naib Presiden PEJUTA). Bengkel tersebut berjaya dihadiri oleh 50 orang peserta dari kalangan calon Artikel Pupil.

Dr. Noordin Ahmad menyampaikan taklimat tentang Pekeliling terkini LJT, Pekeliling Lembaga Jurukur Tanah Malaysia Bilangan 1 Tahun 2023, Peperiksaan Bahagian II – Pengemukaan Tugasan Amali di bawah Bahagian V serta Peraturan-Paraturan Jurukur Tanah Berlesen 2011.

Dr. Tan Liat Choon dan En. Siew Siew Weng masing-masing telah memberikan taklimat berkenaan bagaimana untuk menulis Laporan Peperiksaan Bahagian 2 dengan baik serta sistematik.