MYKADASTER 2023

PEJUTA > Conference > MYKADASTER 2023

MYKADASTER 2023

Pada 24 – 25 Julai 2023, PEJUTA di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Kadaster telah menganjurkan buat julung kalinya Seminar MyKadaster 2023 bertempat di ShangRi-La Hotel, Kuala Lumpur.

Matlamat seminar ini adalah untuk mempertingkatkan ilmu dan berkongsi pendapat berkaitan isu-isu semasa serta perkembangan teknologi terkini yang berkaitan dengan pengurusan dan pengukuran tanah khususnya dalam bidang kadaster.

Selain itu seminar ini bertujuan untuk memantapkan profesion ukur khususnya bagi Juruukur Tanah Berlesen dan juga meningkatkan pengetahuan pegawai sektor awam dan swasta serta badan-badan yang berkaitan dengan bidang ukur.

Seminar ini disambut baik dengan merekodkan penyertaan sebanyak 256 peserta pada hari pertama dan 239 peserta pada hari kedua yang terdiri daripada Ahli Ordinari Pejuta, Ahli Graduan, jabatan kerajaan dan swasta. Malah, 9 pempamer juga turut serta dalam memberi pendedahan kepada teknologi terkini.

Pihak PEJUTA ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, pihak penaja dan pempamer yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Seminar MyKadaster 2023 ini.