Professional Day PEJUTA 2023

PEJUTA > Social & Sport > Professional Day PEJUTA 2023

Professional Day PEJUTA 2023

Pada 29 – 31 Ogos 2023, PEJUTA telah mengadakan Professional Day PEJUTA 2023 bertempat di A’Famosa Resort Melaka. Program tersebut bertemakan Hari Kebangsaan serta pakaian Tradisional. Seramai 120 orang dalam kalangan Ahli PEJUTA bersama pasangan telah menjayakan program tersebut. Objektif utama program ini dijalankan adalah bagi mengukuhkan serta mengeratkan lagi hubungan diantara Ahli-ahli PEJUTA di seluruh negara.

Sebelum aktiviti padang dijalankan, para perserta telah mengikuti senaman zumba yang telah diketuai oleh Zumba Instructor yang terlatih selama 15 minit. Setelah itu, peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan besar dan 12 kumpulan kecil. Setiap kumpul kecil telah diberikan 3 Task yang harus diselesaikan secara berkumpulan mengikut kreativiti serta skil untuk menyelesaikan halangan setiap peringkat.

Pada sesi petang, aktiviti diteruskan lagi dengan acara Indoor Challenge Team Building. Terdapat 5 permainan dikendalikan oleh pihak instructor terlatih untuk setiap kumpulan kecil. Masa yang diberikan untuk menyelesaikan kelima-lima permainan tersebut adalah selama 3 jam. Setiap markah yang diperolehi oleh setiap kumpulan dijumlahkan bersama aktiviti padang sesi pagi.

Pada sebelah malam 30 Ogos 2023, majlis makan malam telah diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dengan bertemakan pakaian tradisional. Semua ahli yang hadir memakai pakaian tradisional dan pertandingan baju tradisional tercantik diadakan untuk menghargai usaha ahli – ahli yang hadir dengan memakai pakaian tradisional. Pada Majlis yang sama juga berlangsung acara cabutan bertuah kepada semua ahli serta ahli keluarga. Makan malam diakhiri dengan sambutan detik 12 malam Hari Kemerdekaan diiringi dengan nyanyian lagu – lagu patriotik