Kursus Induksi bagi Ahli-Ahli Ordinari Baru PEJUTA

PEJUTA > Social & Sport > Kursus Induksi bagi Ahli-Ahli Ordinari Baru PEJUTA

Kursus Induksi bagi Ahli-Ahli Ordinari Baru PEJUTA

Kursus Induksi bagi Ahli-Ahli Ordinari Baru PEJUTA telah berlangsung pada 29 – 31 Januari 2024 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson melibatkan seramai 42 peserta.

Kursus dimulakan dengan pembentangan daripada Dr Khoo Boo Khean dan Mohamed Nordin bin Sabran (melalui rakaman visual) mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan PEJUTA.

Wakil Lembaga Jurukur Tanah (LJT), YBhg. Dato’ Mohd Apandi Bin Mohamad dan YBhg. Datuk Johari Bin Wahab juga telah menyampaikan pembentangan bertajuk Peranan LJT kepada JTB serta Profesion dan Etika Professional seorang JTB mengikut Code of Professional Conduct, LLSR 2011.

Kursus diteruskan lagi dengan taklimat bertajuk Tanggungjawab Juruukur Tanah Berlesen Dalam Amalan Kerja di Jabatan Kerajaan yang disampaikan oleh Shahril Azhari Bin Jumari, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, Bahagian Ukur Tanah.

Wakil PEJUTA, Azhar bin Husain telah membentangkan Hala Tuju PEJUTA kepada peserta dan diteruskan dengan taklimat mengenai keperluan mendapatkan mata CPD sebagai keperluan memperbaharui lesen amalan tahunan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Jurukur Tanah Berlesen oleh Md Rodi bin Ismail.

Sebelum upacara penutup program, Bacaan Ikrar Aku Janji untuk Ahli Ordinari PEJUTA, disusuli dengan Majlis Sesi Penyampaian Sijil Keahlian PEJUTA dan Sijil Penyertaan Kursus Induksi kepada semua peserta yang terlibat. Bagi melengkapkan Kursus Induksi kepada Ahli Ordinari yang baru, Presiden PEJUTA, Mohd Hanifa bin K Abd Hamid telah membuat rumusan keseluruhan program yang telah dijalankan.