KURSUS PERSEDIAAN KE ARAH MENJADI JURUUKUR TANAH BERLESEN (JTB)

PEJUTA > Seminar > KURSUS PERSEDIAAN KE ARAH MENJADI JURUUKUR TANAH BERLESEN (JTB)

KURSUS PERSEDIAAN KE ARAH MENJADI JURUUKUR TANAH BERLESEN (JTB)

Kursus Persediaan ke Arah Menjadi Juruukur Tanah Berlesen telah diadakan pada 20 dan 21 Januari 2024 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Dr. Tan Liat Choon dari UTM dan Dr. Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim dari UTM bertindak sebagai penceramah untuk kursus ini. Kursus tersebut berjaya dihadiri oleh 65 orang peserta dari kalangan calon Article Pupil.

Antara topik yang berjaya dibentangkan pada kursus kali ini adalah pengenalan kepada Kanun Tanah Negara (KTN), Akta Juruukur Tanah Berlesen (LLSA) & Peraturan-Peraturan Juruukur Tanah Berlesen (LLSR), Akta Hak Milik Strata, Pekeliling-pekeliling Pengarah Ukur dan Pemetaan (PKPUP), Akta Pengambilan Balik Tanah, dan juga Peraturan Ukur Kadaster.