BENGKEL BERSAMA JKPTG
Bengkel Kerja-Kerja Tambahan Bagi Proses Pengambil Alihan Balik Tanah yang disampaikan oleh Mohammad Shaiful Naim Bin Abd Gani, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah diadakan pada 31 Mac 2024 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan penerangan serta berkongsi ilmu mengenai sistem MyLand yang digunakan di JKPTG.
Seramai tiga puluh dua (32) Juruukur Tanah Berlesen serta dua belas (12) kakitangan JTB telah menghadiri bengkel ini. Program ini dibahagikan kepada dua sesi utama: sesi perkongsian maklumat mengenai sistem MyLand dan sesi ‘Hands-on’, di mana para peserta diberi peluang untuk menggunakan data yang dibekalkan sebagai latihan praktikal.




