SESI LIBAT URUS HALA TUJU JURUUKUR TANAH BERLESEN
Sesi Libat Urus Hala Tuju Juruukur Tanah Berlesen 2024 telah diadakan pada 22 April 2024 bertempat di Le Méridien Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan, serta pendapat daripada Ahli Ordinari PEJUTA mengenai Rang Undang-Undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024.
Seramai 141 ahli telah hadir untuk membincangkan beberapa isu penting termasuk fi denda yang dikenakan kepada JTB serta peranan JTB sebagai ‘Essential Profession’. Antara topik perbincangan lain adalah Article Pupil, Pelan Strategik PEJUTA, keperluan untuk pertambahan bilangan JTB di Malaysia dan isu pendepositan fi ukur geomatik kepada pihak Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT).
Perbincangan ini berakhir dengan Majlis Jamuan Hari Raya PEJUTA 2024.






















