KOLABORASI BERSAMA PTG KEDAH

PEJUTA > Seminar > KOLABORASI BERSAMA PTG KEDAH

KOLABORASI BERSAMA PTG KEDAH

Seminar Lot Lidi anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG Kedah) dan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) telah diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Kedah. Seminar ini bertujuan untuk memberikan kefahaman serta kesedaran kepada orang ramai mengenai risiko pembelian tanah lot lidi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Seminar ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Turut hadir pada majlis perasmian adalah Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah dan Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus.

YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah telah memberi pembentangan mengenai isu-isu Lot Lidi di Negeri Kedah. Seterusnya, seminar ini diikuti oleh sesi perbincangan yang dikendalikan oleh Puan Nurul Azhani binti Shaharim sebagai moderator. Tiga orang ahli panel yang terlibat dalam perbincangan adalah Naib Presiden PEJUTA, LSr Ahmad Wizan bin Mohd Thani, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perundangan JKPTG, Tuan Jaiya bin Abu, dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Prof. Madya Dr. Noraziah binti Abu Bakar dari UiTM Shah Alam.