GEOMATICS DAY 2024 – POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

PEJUTA > Education > GEOMATICS DAY 2024 – POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

GEOMATICS DAY 2024 – POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Geomatics Day 2024 anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah diadakan pada 30 April 2024 bertempat di Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah. Program ini melibatkan pelajar Diploma Geomatik di PTSB dan empat buah sekolah di sekitar daerah Kulim.

LSr Ahmad Wizan bin Mohd Thani, Naib Presiden PEJUTA, telah memberi pembentangan ringkas mengenai profesyen Juruukur Tanah Berlesen kepada para pelajar. Selain itu, pihak PEJUTA juga dijemput untuk membuka pameran dan memberikan penerangan mengenai PEJUTA kepada para peserta.

Program diteruskan dengan aktiviti Latihan dalam Kumpulan yang meliputi Asas Pengendalian Dron, diikuti dengan Pertandingan Ujian Kawalan Dron, serta Demonstrasi Penerbangan Dron dan Pemetaan menggunakan Dron.