KUNJUNGAN HORMAT AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PEJUTA KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)
Presiden PEJUTA, LSr Md Rodi bin Ismail telah mengetuai sesi kunjungan hormat Ahli Majlis Eksekutif PEJUTA kepada YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 09 Mei 2024. Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini adalah LSr Muhamad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II (TKPUP II), dan Sr Rabiulkhair bin Mohd Noor, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Korporat (Bahagian Perancangan dan Korporat).
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara PEJUTA dan JUPEM dalam merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ukur dan pemetaan di Malaysia. Selain itu, PEJUTA turut membincangkan beberapa isu penting seperti Pindaan Akta JTB, Halatuju PEJUTA, serta program-program yang dirancang pada tahun ini, yang turut melibatkan kerjasama dengan pihak JUPEM.
Sebagai tanda penghargaan, Presiden PEJUTA telah menyampaikan cenderahati dan sijil Ahli Kehormat PEJUTA kepada YBhg. Dato’ Hazri bin Hassan.









