KURSUS ASAS DRON: “AERIAL MAPPING & DATA ACQUISITION DRONE TRAINING”

PEJUTA > CEPD (local) > KURSUS ASAS DRON: “AERIAL MAPPING & DATA ACQUISITION DRONE TRAINING”

KURSUS ASAS DRON: “AERIAL MAPPING & DATA ACQUISITION DRONE TRAINING”

Pada 16-17 Julai dan 23-24 Julai 2024, PEJUTA telah mengadakan dua (2) sesi Kursus Asas Drone: “Aerial Mapping & Data Acquisition Training” bertempat di Aerodyne Campus, Cyberjaya. Kursus ini telah dihadiri oleh dua puluh (20) orang JTB bagi setiap sesi.

Sepanjang dua hari kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan perkembangan teknologi dron, peraturan serta undang-undang udara di Malaysia dan peringkat antarabangsa, pengenalan kepada pemetaan udara, perancangan penerbangan, pengutipan & pemerolehan data menggunakan dron, serta sesi pemprosesan data menggunakan perisian PIX4D.

Dalam sesi pengutipan dan pemerolehan data, peserta turut diberi peluang untuk mengendalikan dron di lapangan bagi mendapatkan pengalaman praktikal.

Sebagai lanjutan daripada kursus ini, para peserta mencadangkan agar satu kursus kompetensi lanjutan diadakan bagi membolehkan JTB memperoleh sijil kompetensi yang sah untuk mengendalikan dron dalam proses pengutipan dan pemerolehan data bagi pemetaan udara.