PROGRAM KERJAYA GEOMATIK : SMK LEMBAH KERAMAT

PEJUTA > Social & Sport > PROGRAM KERJAYA GEOMATIK : SMK LEMBAH KERAMAT

PROGRAM KERJAYA GEOMATIK : SMK LEMBAH KERAMAT

Sesi penerangan bertajuk “Langkah Menjadi Jurukur Tanah Berlesen” telah disampaikan oleh LSr Ahmad Wizan bin Mohd Thani di SMK Lembah Keramat pada 19 Julai 2024. Program ini dihadiri oleh pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kerjaya sebagai jurukur tanah berlesen serta laluan akademik dan profesional yang perlu diambil selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Objektif utama program ini adalah:

  • Memberikan pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab seorang jurukur tanah berlesen.
  • Menerangkan laluan pendidikan dan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi jurukur tanah berlesen.
  • Menjelaskan kepentingan bidang geomatik dalam pembangunan negara.
  • Memberi motivasi kepada pelajar untuk memilih bidang ini sebagai kerjaya masa
    depan.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran pelajar tentang peluang kerjaya dalam bidang geomatik. Ramai pelajar menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laluan pendidikan yang sesuai serta potensi pekerjaan dalam industri ini. Beberapa pelajar turut mengambil kesempatan untuk bertanya soalan kepada penceramah mengenai cabaran masa depan dalam bidang ini.