SESI LIBAT URUS KAJIAN PERUNDANGAN PEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH BERSAMA PEMEGANG TARUH
Sesi FGD ini telah dilaksanakan pada dua sesi iaitu yang pertama pada 22 Julai 2024 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan dengan keterlibatan dari agensi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Gas Malaysia Berhad, Petronas Gas Berhad, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Seterusnya sesi FGD kedua pula telah dijalankan di Sama-Sama Hotel KLIA, Sepang pada 19 Ogos 2024 dengan kehadiran wakil dari Lembaga Jurukur Tanah (LJT), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) serta Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).
Antara tujuan utama kajian perundangan ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji kebolehlaksanaan dalam menggubal satu perundangan baru dan mengenal pasti pindaan perundangan berbangkit (consequential amendment) sekiranya ada yang berkaitan dengan kawal selia dan penguatkuasaan pengukuran dan pemetaan utiliti bawah tanah yang merangkumi aspek penyerahan, penyimpanan dan perkongsian data.