PRESIDEN COFFEE TALK

PEJUTA > Social & Sport > PRESIDEN COFFEE TALK

PRESIDEN COFFEE TALK

Presiden Coffee Talk merupakan satu program santai anjuran PEJUTA yang diadakan pada 24 Julai 2024 bertempat di Centre of Excellence, PEJUTA. Program ini bertujuan untuk memberikan platform kepada ahli PEJUTA bagi menyuarakan pandangan mereka berkenaan persediaan kepada pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen, isu-isu berkaitan profesion, serta cadangan penambahbaikan yang boleh diambil tindakan oleh PEJUTA. Obejktif program adalah seperti berikut :

  • Mewujudkan komunikasi dua hala antara presiden PEJUTA dan ahli-ahli mengenai isu-isu berkaitan profesion juruukur tanah.
  • Membincangkan persediaan terhadap pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen.
  • Mengenal pasti cabaran serta isu-isu berbangkit.
  • Mengumpulkan cadangan penambahbaikan daripada ahli.

Pesiden Coffee Talk telah mencapai objektifnya dalam memberikan ruang kepada ahli-ahli untuk menyuarakan pandangan mereka secara terus kepada presiden PEJUTA. Program ini berjaya mengenal pasti isu-isu utama yang dihadapi oleh profesion serta mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil oleh PEJUTA bagi memperkukuhkan profesion Geomatik di Malaysia.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required