PAMERAN DI PERSIDANGAN PENTADBIR TANAH
PEJUTA telah dijemput untuk membuka ruang pameran sempena Persidangan Pentadbir Tanah yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya pada 01 Ogos 2024. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang awam mengenai skop kerja jurukur tanah berlesen, mempromosikan PEJUTA, serta memberi nasihat berkaitan hal tanah. Penyertaan PEJUTA dalam pameran ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan jurukur tanah berlesen dalam pembangunan dan pemetaan tanah.
- Menyediakan platform bagi orang awam mendapatkan maklumat yang tepat mengenai isu-isu berkaitan tanah.
- Mempromosikan PEJUTA sebagai badan profesional yang bertanggungjawab dalam industri ukur tanah di Malaysia.


