KURSUS PENDEK STRATA I – PERLAKSANAAN AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 UNTUK JURUUKUR TANAH BERLESEN
PEJUTA di bawah Jawatankuasa Cadastre and Land Management telah menganjurkan dua (2) sesi Kursus Pendek Strata I yang bertujuan untuk memberi pendedahan Perlaksaanaan Akta Hakmilik Strata 1985 Dan Pengurusan Strata 2013 untuk Juruukur Tanah Berlesen.
Matlamat kursus pendek Strata I ini adalah mempertingkatkan ilmu perlaksanaan ukur hakmilik strata di kalangan Juruukur Tanah Berlesen serta berbincang bersama terhadap isu-isu & perkembangan semasa berkenaannya. Pensyarah yang dijemput adalah LSr Chan Keat Lim.Dua (2) sesi yang telah diadakan pada 24 – 26 Jun 2024 bertempat di Cameron Highlands dan 13 – 15 Ogos 2024 di Pulau Pinang.
















