KURSUS PERSEDIAAN KE ARAH MENJADI JURUUKUR TANAH BERLESEN (JTB) BILANGAN 2 TAHUN 2024
Kursus Persediaan Ke Arah Menjadi Juruukur Tanah Berlesen (JTB) bilangan 2/2024 telah dianjurkan pada 22 Ogos 2024 di Kuala Terengganu. Kursus ini bertujuan untuk memberikan panduan dan persediaan kepada calon yang ingin menduduki peperiksaan atau dalam persediaan untuk menyediakan laporan.
Objektif kursus adalah untuk memberikan pemahaman mendalam tentang keperluan peperiksaan Bahagian I dan Bahagian II, membantu peserta mengenal pasti cabaran dan penyelesaian berkaitan penyediaan laporan serta menyediakan platform perbincangan antara peserta dan Juruukur Tanah Berlesen yang berpengalaman dalam bidang ini.