KURSUS ASAS GIS BAGI JURUUKUR TANAH BERLESEN
Kursus Asas GIS bagi Juruukur Tanah Berlesen telah berlangsung daripada 19 sehingga 22 Ogos 2024 bertempat di Kuala Terengganu melibatkan seramai 31 Juruukur Tanah Berlesen yang disampaikan oleh Pensyarah daripada UiTM Shah Alam.
Melalui kursus tersebut, peserta didedahkan dengan konsep Asas GIS, pengenalan kepada perisian QGIS, format data spatial dan tatacara penukaran format, georeferencing, transformasi koordinat, penyuntingan data spatial serta konsep pengurusan data spatial.
Peserta juga diberikan latihan secara berkumpulan tentang tatacara memproses data spatial menggunakan perisian QGIS mengikut spesifikasi sebenar kerja.



