SESI HI-TEA PEJUTA BERSAMA EMINENT GROUP
Sesi Hi-tea PEJUTA telah diadakan pada 25 November 2024 bertempat di Shangri-La Kuala Lumpur. Program bertujuan bagi mewujudkan satu platform untuk bertukar pendapat, berkongsi idea dan memperkukuh kerjasama dalam usaha memartabatkan bidang geomatik selaras dengan pelaksanaan Akta dan Peraturan Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024.
Turut hadir ke Sesi Hi-Tea ini adalah YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk LSr Hamid bin Ali, Dato’ LSr Hasan bin Jamil, Dato’ LSr Dr Azhari bin Mohamed, LSr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, LSr Mohd Nordin bin Sabran, Dato’ LSr Nik Hisham bin Nik Manshor, LSr Saharuddin bin Saat, Datuk LSr Hanafi bin Mamat, LSr Mohammad Azmi bin Mohd Zin dan LSr Dr Noordin bin Ahmad.







