PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) BERSAMA POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
EJUTA telah menerima jemputan daripada Politeknik Ungku Omar untuk bekerjasama dalam menjalankan program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) berkenaan Pecah Sempadan, Pecah Bahagi dan Risiko Lot Lidi pada 12 November 2024 bertempat di Dewan Masjid Al-Hadhari, Padang Rengas Perak.
Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk menyampaikan maklumat dan menyebar luas tentang proses pecah bahagian atau pecah sempadan yang dilakukan secara tidak sah kerana tidak memenuhi syarat-syarat di dalam Kanun Tanah Negara, Akta Perancangan Bandar dan Desa atau mana-mana undang-undang di Malaysia.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah ceramah dan pameran bidang geomatik oleh pelajar dan juga dari PEJUTA. Penyertaan program ini melibatkan kira-kira 60 Orang yang merangkumi pelajar-pelajar Politeknik dan orang awam khususnya penduduk kampung Padang Rengas, Perak. LSr Haji Ahmad Wizan bin Mohd Thani telah menjadi salah seorang penceramah yang bertajuk “Risiko Lot Lidi”.
Turut hadir ke program ini adalah Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr. Hj Khairil Anuar dan YB Azizi Mohamad Ridzuan, ADUN Lubuk Merbau.








