LAWATAN YUNNAN ASSOCIATION FOR SURVEYING AND MAPPING (YASM) KE PEJUTA
PEJUTA telah menerima lawatan daripada Yunnan Association for Surveying and Mapping (YASM) pada 29 Oktober 2024.
Perkara yang dibincangkan termasuk pengenalan YASM kepada PEJUTA, aktiviti semasa YASM sepanjang tahun 2024, penglibatan YASM dalam ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG), serta kesediaan YASM untuk menjalinkan kerjasama lanjut bersama PEJUTA.
Dalam perjumpaan tersebut, PEJUTA dan YASM telah bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan pada masa akan datang dengan meningkatkan penglibatan ahli kedua-dua organisasi dalam program bersama, termasuk seminar, kajian bersama, serta program pembelajaran jangka pendek bagi ahli PEJUTA.

