KOLABORASI BERSAMA DBKL
PEJUTA telah menerima jemputan ke Sesi Perjumpaan Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama Badan-Badan Professional pada 22 Oktober 2024 bertempat di Mayor’s Courtyard, Kuala Lumpur.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif telah berkongsi mengenai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 serta inisiatif-inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh DBKL dalam perancangan dan pembangunan bandar.
Beliau turut memperkenalkan inisiatif SPEAD yang menggabungkan Surveyor, Planner, Engineer, Architect, Landscape Architect dan Developer. Matlamat utama SPEAD adalah untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan badan profesional bagi merancang serta melaksanakan Pelan Pembangunan, Pelan Induk, dan Garis Panduan Pembangunan di Kuala Lumpur.



