PROGRAM BERSAMA UITM PERLIS
Program Pengajaran Kolaboratif (Industri – Universiti) tentang Pembangunan Tanah di Malaysia telah diadakan di Podium, UiTM Cawangan Perlis telah diadakan pada 11 Disember 2024. Program ini merupakan program anjuran Kolej Pengajian Alam Bina bersama Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA).
Hadir sama semasa program ini ialah Sr Dr Rohayu Haron Narashid selaku Ketua Pusat Pengajian, Sr Ashnita Rahim (Koordinator Program), barisan pensyarah dan satu ratus tiga puluh (130) orang pelajar Diploma serta pelajar Ijazah Sarjana Muda, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis.
LSr Ahmad Wizan telah menerangkan tentang pembangunan tanah di Malaysia selain memperkenalkan aplikasi pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman dan serahan & kurniaan semula serta peranan jurukur dalam pembangunan tanah di Malaysia.





