SESI LIBAT URUS JAWATANKUASA PANDU GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN SEMULA KUALA LUMPUR

PEJUTA > Libat Urus > SESI LIBAT URUS JAWATANKUASA PANDU GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN SEMULA KUALA LUMPUR

SESI LIBAT URUS JAWATANKUASA PANDU GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN SEMULA KUALA LUMPUR

Sesi libat urus Jawatankuasa Pandu Garis Panduan Pelaksanaan Pembangunan Semula Kuala Lumpur telah diadakan pada 20 Disember 2024 dengan tujuan membincangkan dan mendapatkan maklum balas berkaitan draf garis panduan pelaksanaan pembangunan semula Kuala Lumpur. Wakil PEJUTA yang telah hadir adalah LSr Md Rodi bin Ismail dan LSr Ezam bin Ariffin.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang menekankan kepentingan pembangunan semula Kuala Lumpur yang sistematik dan mampan. Beliau turut menekankan keperluan pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dan kesejahteraan penduduk.

Jabatan Perancangan Bandaraya (JPRB) telah membentangkan draf garis panduan pelaksanaan pembangunan semula Kuala Lumpur. Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) turut membentangkan keperluan pengemukaan laporan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design-UD).

Sesi libat urus ini telah memberikan ruang kepada semua pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan dan cadangan dalam memastikan pembangunan semula Kuala Lumpur berjalan lancar serta sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan. Wakil PEJUTA turut menyuarakan kepentingan peranan juruukur dalam memastikan pematuhan terhadap pelan pembangunan dan aspek teknikal lain.