MYKADASTER 2025
Persidangan ini telah diadakan di Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur pada 10 – 11 Februari 2025 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr Dr. Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Persidangan ini telah berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta daripada pelbagai sektor termasuk ahli PEJUTA, Juruukur Berdaftar, JUPEM, LJT, PLANMalaysia, DBKL, PTG, FELCRA, IRDA, JKR dan institusi pendidikan. Sebanyak lima pameran disediakan bagi mempamerkan teknologi dan peralatan ukur terkini daripada syarikat industri.
YBhg. Dato’ Seri TPr Dr. Maimunah binti Mohd Sharif telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Pelan Pelaksanaan Pembangunan Semula Kuala Lumpur” yang menekankan peranan DBKL dalam pembangunan semula bandar dari aspek infrastruktur, sosial, ekonomi, dan kelestarian alam sekitar.
Tujuan utama persidangan ini merupakan inisiatif PEJUTA untuk membentangkan penyelidikan terkini, berkongsi teknologi baharu, serta bertukar idea dan pengalaman dalam bidang Kadaster dan Strata.
Sebanyak tujuh belas (17) penceramah terdiri daripada Ahli PEJUTA, JUPEM, JKPTG, UTM, COB, UDA LAND, Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan JKR telah membentangkan kertas kerja di persidangan ini.



















































