KURSUS CTPD2025/S01 : E-INVOIS DAN PELAKSANAANNYA UNTUK OPERATOR
Seramai 30 orang peserta khususnya kakitangan Jurukur Tanah Berlesen telah menyertai kursus ini selama dua hari pada 13 dan 14 Mac 2025 bertempat di Geospatial Science and Technology College, Taman Melawati.
Kursus ini memberikan peluang kepada kakitangan firma jurukur tanah berlesen untuk memahami, mengadaptasi dan mengaplikasi sistem e-invoice di Malaysia. Dengan penerangan oleh Dr Rokimah Mohamad sebagai penceramah yang bertauliah, para peserta dapat menghasilkan e-invoice dan menyelaraskan dengan sistem firma jurukur sedia ada.



