SESI KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN)
25 Februari 2025 | Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ N. Jayaselan, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik PEJUTA dan JPN serta perbincangan bersama mengenai cadangan pindaan Akta Pengurusan Strata 2013 [AKTA 757]. Sesi kunjungan ini turut dimanfaatkan dengan satu sesi perbincangan (small group discussion) antara Bahagian Pengurusan Strata dan PEJUTA. Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaksanaan jadual petak (termasuk apa-apa isu melibatkan pindaan), penetapan unit syer, pelan khas dan pewujudan perbadanan pengurusan subsidiari (sub-MC), blok sementara dan pembangunan berfasa.





