KURSUS CTPD2025/J07B: KURSUS LIGHT DETECTION AND RANGING (LiDAR)

PEJUTA > CTPD > KURSUS CTPD2025/J07B: KURSUS LIGHT DETECTION AND RANGING (LiDAR)

KURSUS CTPD2025/J07B: KURSUS LIGHT DETECTION AND RANGING (LiDAR)

Kursus CTPD 2025: Light Detection and Ranging (LiDAR) telah berjaya dilangsungkan selama tiga hari, dari 19 hingga 21 Mei 2025 bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Kursus ini telah disertai oleh 20 orang Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang merupakan ahli Ordinary PEJUTA.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi yang bermanfaat merangkumi teori, demonstrasi penggunaan peralatan LiDAR, serta latihan praktikal (hands-on) yang memberi pendedahan mendalam terhadap aplikasi teknologi ini dalam kerja-kerja ukur dan pemetaan.

Secara keseluruhan, kursus ini telah memberikan peserta pemahaman menyeluruh mengenai teknologi LiDAR serta aplikasinya dalam pemetaan geospatial. Peserta kini mampu mengenal pasti ciri-ciri utama sistem LiDAR, mengendalikan peralatan bagi pengumpulan data, serta menganalisis maklumat yang diperoleh dengan tepat.