PEJUTA GOLF CHAMPIONSHIP 2026

PEJUTA > Social & Sport > PEJUTA GOLF CHAMPIONSHIP 2026

PEJUTA GOLF CHAMPIONSHIP 2026

Persatuan Juruukur Tanah Malaysia (PEJUTA) telah berjaya menganjurkan PEJUTA Golf Championship 2026 pada 25 Mac 2026 bertempat di Tasik Puteri Golf & Country Club, Rawang. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti jaringan profesional yang diadakan sepanjang tahun bagi mengukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan ahli persatuan.

Seramai 45 orang peserta telah menyertai kejohanan ini, terdiri daripada ahli ordinari dan ahli graduate PEJUTA. Kehadiran yang menggalakkan ini mencerminkan minat dan komitmen ahli-ahli terhadap program yang dianjurkan oleh persatuan.

Pertandingan berlangsung dengan lancar dan penuh semangat di padang golf. Setiap peserta memberikan persembahan terbaik mereka, menjadikan suasana pertandingan semakin meriah dan kompetitif sepanjang hari.

Sebagai kemuncak program, majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi menghargai para pemenang dalam pelbagai kategori. Sesi cabutan bertuah turut diadakan dan mendapat sambutan yang sangat meriah daripada seluruh peserta, menambahkan lagi keseronokkan dan kemeriahan sepanjang program berlangsung.

PEJUTA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang hadir dan menyertai program ini. Sokongan padu daripada semua pihak merupakan antara faktor utama kejayaan penganjuran PEJUTA Golf Championship 2026. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mempererat lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga PEJUTA.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required