Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil 1/2026
Program Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26 Mac 2026 bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan platform penting untuk menambah ilmu, memahami perkembangan terkini industri, serta memperkukuh jaringan profesional dalam kalangan ahli PEJUTA.
Sesi pembentangan :
- Pelan Strategik PEJUTA 2020–2025 : LSr Mohd Latif bin Zainal (Setiausaha Agung PEJUTA)
- Keselamatan Kerja Geomatik di Kawasan “Live Traffic” : LSr Isman bin Hussain (Exco PEJUTA)
- Penyediaan Pelan Akui bagi Pengukuran Hakmilik oleh JTB : LSr Prabagaran a/l Supramaniam (JUPEM)
- Koridor Utiliti: Pandangan dari Sudut Perundangan : Fadilah Shah binti Abdul Latif (Fadilah Shah & Co)
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli PEJUTA. PEJUTA merakamkan penghargaan kepada semua pembentang atas sumbangan ilmu dan kepakaran masing-masing demi kemajuan profesion bidang geomatik di Malaysia.



































