BENGKEL PENGUKUHAN DAN PENYERAGAMAN TERMS OF REFERENCE (TOR) PERKHIDMATAN PERUNDING JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)

PEJUTA > Workshop > BENGKEL PENGUKUHAN DAN PENYERAGAMAN TERMS OF REFERENCE (TOR) PERKHIDMATAN PERUNDING JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)

BENGKEL PENGUKUHAN DAN PENYERAGAMAN TERMS OF REFERENCE (TOR) PERKHIDMATAN PERUNDING JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2026 – Jawatankuasa Ukur Kejuruteraan PEJUTA telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan dan Penyeragaman Terms of Reference (TOR) Perkhidmatan Perunding bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). Bengkel teknikal selama tiga hari ini telah berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2026 bertempat di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk membolehkan pihak PEJUTA meneliti secara mendalam serta mengumpul maklum balas kepakaran berkaitan dokumen Terms of Reference (TOR) perkhidmatan perunding ukur yang melibatkan projek-projek di bawah JPS. Menerusi sesi perbincangan interaktif ini, pelbagai aspek spesifikasi teknikal, skop kerja, dan implikasi perundangan ukur telah dinilai bagi memastikan penyeragaman yang saksama dan komprehensif dapat dicapai.

Setiap maklum balas, cadangan, dan penambahbaikan hasil daripada bengkel ini akan diambil kira secara menyeluruh untuk dimurnikan ke dalam draf akhir dokumen. Hasil akhir tersebut seterusnya diserahkan kepada Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) sebagai rujukan rasmi dan tindakan lanjut.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required