BENGKEL SEMAKAN DAN PEMURNIAN DOKUMEN TERMS OF REFERENCE (TOR) KERJA UKUR LIDAR

PEJUTA > Workshop > BENGKEL SEMAKAN DAN PEMURNIAN DOKUMEN TERMS OF REFERENCE (TOR) KERJA UKUR LIDAR

BENGKEL SEMAKAN DAN PEMURNIAN DOKUMEN TERMS OF REFERENCE (TOR) KERJA UKUR LIDAR

Draf dokumen Terms of Reference (TOR) bagi Kerja Ukur menggunakan kaedah Light Detection and Ranging (LiDAR) telah berjaya dikemas kini susulan daripada Bengkel Penyediaan TOR LiDAR yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Sehubungan dengan itu, pihak JKR telah memohon kerjasama PEJUTA untuk membuat semakan semula, memberikan maklum balas profesional, serta mengemukakan contoh cadangan teknikal dan anggaran kos bagi kerja ukur berasaskan teknologi LiDAR sebagai rujukan rasmi dalam proses pemurnian dokumen berkenaan.

Bagi memenuhin permohonan tersebut serta memastikan pandangan industri diwakili secara menyeluruh, satu bengkel khas telah dianjurkan selama tiga hari bermula pada 10 hingga 12 Ogos 2026 bertempat di UTM Hotel & Residence,Kuala Lumpur. Bengkel ini menjadi platform utama bagi ahli PEJUTA untuk meneliti secara mendalam draf TOR tersebut, di samping merangka cadangan penambahbaikan yang praktikal dan relevan dengan piawaian industri ukur tanah semasa.

Hasil daripada penganjuran bengkel ini, PEJUTA telah merangka maklum balas komprehensif merangkumi aspek teknikal, spesifikasi kerja, serta anggaran kos kawalan bagi memastikan pelaksanaan ukur LiDAR di bawah projek-projek JKR dapat dijalankan secara efisien, tepat, dan berkesan. Kerjasama strategik antara JKR dan PEJUTA ini membuktikan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkasakan penggunaan teknologi pemetaan moden serta memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan ukur di Malaysia.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required