BENGKEL PENGUKURAN LOT KELAS KETIGA (DEMARCATION LOT) BAGI PEGAWAI KERJALUAR JURUKUR TANAH BERLESEN (JTB)

PEJUTA > Workshop > BENGKEL PENGUKURAN LOT KELAS KETIGA (DEMARCATION LOT) BAGI PEGAWAI KERJALUAR JURUKUR TANAH BERLESEN (JTB)

BENGKEL PENGUKURAN LOT KELAS KETIGA (DEMARCATION LOT) BAGI PEGAWAI KERJALUAR JURUKUR TANAH BERLESEN (JTB)

Bengkel Pengukuran Lot Kelas Ketiga (Demarcation Lot) bagi Pegawai Kerjaluar Jurukur Tanah Berlesen (JTB) telah berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Ogos 2026. Program ini merangkumi sesi amali yang diadakan di Tapak Pengukuran, Kuala Kangsar, manakala sesi teori, pembentangan, dan analisis bertempat di MU Hotel, Ipoh.

Majlis Perasmian Pembukaan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Sr Mohd Rosli bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, JUPEM Perak di Tapak Pengukuran, Kuala Kangsar. Sementara itu, Majlis Perasmian Penutup di MU Hotel, Ipoh telah disempurnakan oleh YBrs. LSr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi Pegawai Kerjaluar Jurukur Tanah Berlesen (JTB) dalam melaksanakan kerja-kerja Pengukuran Lot Kelas Ketiga (Demarcation Lot) selaras dengan prosedur, spesifikasi teknikal, serta piawaian yang telah ditetapkan. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada sesi teori, latihan amali di lapangan, pembentangan hasil kerja, serta perbincangan teknikal bagi memastikan pelaksanaan pengukuran dilaksanakan dengan lebih tepat, berkualiti, dan memenuhi keperluan semasa.

Selain bertindak sebagai platform pemantapan ilmu dan kemahiran, bengkel ini turut membuka ruang kepada perkongsian pengalaman, penyelarasan amalan terbaik, serta perbincangan isu-isu teknikal antara pihak JUPEM dan para Jurukur Tanah Berlesen. Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh lagi tahap profesionalisme warga ukur dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan ukur kadaster di Malaysia.

Bengkel ini telah disertai oleh ahli-ahli Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan PEJUTA, Jurukur Tanah Berlesen (JTB), serta kakitangan daripada syarikat-syarikat JTB yang terlibat dengan kerjasama JUPEM Perak.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required