Sharing Session berkaitan Utility Survey & Mapping (USM) bersama Singapore Land Authority (SLA)
Pada 20 Ogos 2026, PEJUTA telah mengadakan satu Sesi Perkongsian Pengetahuan (Sharing Session) berkaitan pengurusan dan pemetaan utiliti bersama pihak Singapore Land Authority (SLA). Perjumpaan ini membincangkan amalan terbaik, cabaran teknikal, serta perkembangan teknologi terkini dalam bidang pemetaan utiliti bawah tanah antara kedua-dua belah pihak.
Penganjuran sesi ini bertujuan menjadi platform pertukaran pandangan dan kepakaran antara Malaysia dan Singapura. Menerusi sesi perbincangan ini, kedua-dua pihak berpeluang meneliti pendekatan serta metodologi pelaksanaan ukur utiliti yang digunapakai di negara masing-masing, di samping meneroka ruang kerjasama strategik bagi memperkasakan lagi profesion ukur dan pemetaan utiliti di rantau ini.

















