Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil 1/2026

PEJUTA > Seminar > Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil 1/2026

Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil 1/2026

Program Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26 Mac 2026 bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan platform penting untuk menambah ilmu, memahami perkembangan terkini industri, serta memperkukuh jaringan profesional dalam kalangan ahli PEJUTA.

Sesi pembentangan : 

  1. Pelan Strategik PEJUTA 2020–2025 : LSr Mohd Latif bin Zainal  (Setiausaha Agung PEJUTA)
  2. Keselamatan Kerja Geomatik di Kawasan “Live Traffic” : LSr Isman bin Hussain  (Exco PEJUTA)
  3. Penyediaan Pelan Akui bagi Pengukuran Hakmilik oleh JTB : LSr Prabagaran a/l Supramaniam  (JUPEM)
  4. Koridor Utiliti: Pandangan dari Sudut Perundangan : Fadilah Shah binti Abdul Latif  (Fadilah Shah & Co)

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli PEJUTA. PEJUTA merakamkan penghargaan kepada semua pembentang atas sumbangan ilmu dan kepakaran masing-masing demi kemajuan profesion bidang geomatik di Malaysia.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required