TOWNHALL ARTICLE PUPIL
‘Townhall’ telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2021 bertujuan untuk membincangkan tentang perkembangan Article Pupil dalam menyiapkan tugasan untuk mendapatkan lesen professional ukur tanah. Seramai 54 orang ahli graduan PEJUTA telah menyertai program ini.
Selain itu, ‘townhall’ tersebut juga akan membincangkan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh Article Pupil dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Townhall’ telah dihadiri oleh ahli graduan PEJUTA dan barisan Exco PEJUTA. Beberapa orang Juruukur Tanah Berlesen (JTB) telah dijemput untuk hadir bersama-sama bagi membincangkan isu Article Pupil ini seperti Hj. Shahabuddin bin Ibrahim.
Selain itu, wakil daripada Pemeriksa dan Penggubal soalan Perperiksaan Amalan Kadaster juga dijemput hadir untuk memberikan pandangan daripada sudut yang berbeza mengenai peperiksaan dan cara untuk mendapatkan lesen professional ukur. Ini kerana, 106 orang Article Pupil yang berdaftar di LJT, hanya seramai 23 orang sahaja yang telah lulus peperiksaan Amalan Kadaster, telah menghantar laporan kerja ukur dan sedang menjalankan kerja amali.
Oleh yang demikian, townhall ini diadakan bagi membantu para AP melepasi peperiksaan Amalan Kadaster dan seterusnya dapat meneruskan proses bagi mendapatkan lesen professional ukur.


















