KURSUS CTPD2025/J07A: KURSUS LIGHT DETECTION AND RANGING (LiDAR)
Kursus CTPD 2025: Light Detection and Ranging (LiDAR) telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 14 hingga 16 April 2025 bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Kursus ini mendapat penyertaan seramai 25 orang Jurukur Tanah Berlesen (JTB) yang juga ahli Ordinary PEJUTA.
Sepanjang kursus, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi bermanfaat yang merangkumi ceramah ilmiah, demonstrasi peralatan LiDAR, serta latihan hands-on yang membolehkan mereka memahami secara praktikal aplikasi teknologi ini dalam kerja-kerja ukur dan pemetaan.
Kesimpulannya, kursus ini telah memberikan peserta pemahaman menyeluruh mengenai teknologi LiDAR serta aplikasinya dalam pemetaan geospatial. Peserta kini mampu mengenal pasti ciri-ciri utama sistem LiDAR, mengendalikan peralatan bagi pengumpulan data, serta menganalisis maklumat yang diperoleh dengan tepat.














