KURSUS CTPD2025/S02A: NIOSH AIR SELANGOR FOR OPERATOR
Kursus CTPD 2025: NIOSH – Air Selangor for Operator telah berjaya diadakan pada 21 April 2025 bertempat di Geospatial Science and Technology College (GSTC), Taman Melawati. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman mendalam kepada para operator mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan dengan industri air, selaras dengan garis panduan dan piawaian NIOSH.
Selain itu, kursus ini juga menekankan kepentingan pemantauan risiko, memastikan pematuhan kepada peraturan industri serta membentuk sistem kerja yang lebih selamat dan efisien.
Kursus diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif merangkap Rektor GSTC, Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus.


























