KURSUS CTPD2025/S03A: NIOSH TENAGA SAFETY PASSPORT FOR OPERATOR

PEJUTA > CTPD > KURSUS CTPD2025/S03A: NIOSH TENAGA SAFETY PASSPORT FOR OPERATOR

KURSUS CTPD2025/S03A: NIOSH TENAGA SAFETY PASSPORT FOR OPERATOR

Kursus CTPD: NIOSH Tenaga Safety Passport for Operator telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2025 bertempat di Geospatial Science and Technology College (GSTC), Taman Melawati. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama NIOSH Bangi dan bertujuan memberikan pendedahan asas berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam sektor utiliti elektrik.

Objektif utama kursus ini adalah untuk menanam sikap “Safety-First” dalam kalangan peserta, iaitu meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja setaraf dengan fungsi perniagaan lain dalam industri serta mengamalkannya pada standard tertinggi.

Kursus ini juga bertujuan menyediakan pengetahuan asas dalam mengenal pasti hazard dan risiko di tempat kerja di samping memperkenalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang efektif.

Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan berkaitan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Bekalan Elektrik 1990 bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Sesi penutup telah diserikan lagi dengan penyampaian sijil kepada peserta oleh Ketua Eksekutif merangkap Rektor GSTC, Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus diiringi oleh penceramah dari NIOSH.