KURSUS CTPD2025/J01C: E-INVOIS DAN PELAKSANAANNYA
Kursus CTPD 2025: E-Invoice telah berlangsung pada 04 – 06 Mei 2025 bertempat Primula Beach Hotel, Terengganu. Para peserta yang menghadiri kursus ini telah diberikan pengenalan, kefahaman dan pelaksanaan sistem e-invois di Malaysia.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberikan pemahaman yang komprehensif kepada peserta mengenai konsep e-invois serta peraturan yang berkaitan, di samping menghuraikan secara terperinci sistem e-invois dan cara penyediaannya menggunakan portal Myinvois. Kursus ini juga membantu peserta mengenalpasti jenis-jenis medan data dalam sistem tersebut serta cara integrasinya dengan sistem juruukur sedia ada.
Selain itu, peserta didedahkan kepada teknik penyediaan e-invois melalui Myinvois Preprod Portal bagi pelbagai jenis invois yang berbeza. Perbincangan turut merangkumi senario sebenar berkaitan isu dan cabaran e-invois dalam urusan harian.





