CTPD/J01E: E-INVOIS LANJUTAN UNTUK JURUUKUR TANAH BERLESEN

PEJUTA > CTPD > CTPD/J01E: E-INVOIS LANJUTAN UNTUK JURUUKUR TANAH BERLESEN

CTPD/J01E: E-INVOIS LANJUTAN UNTUK JURUUKUR TANAH BERLESEN

Kursus CTPD 2025 e-Invois Lanjutan untuk Juruukur Tanah Berlesen telah berjaya dianjurkan pada 11 hingga 13 Jun 2024 bertempat di Century Pines Resort, Cameron Highlands. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta kefahaman yang mendalam kepada para peserta mengenai pelaksanaan sistem e-Invois selaras dengan keperluan terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Seramai 19 orang Juruukur Tanah Berlesen telah menyertai program ini yang merangkumi sesi teori dan praktikal berkenaan struktur e-Invois, aliran kerja, serta penyediaan dan penghantaran invois secara digital. Kursus ini turut menampilkan perbincangan interaktif serta simulasi penggunaan sistem bagi membantu peserta memahami keperluan teknikal dan operasi yang terlibat.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada peserta yang telah disempurnakan oleh Presiden PEJUTA, LSr Md Rodi bin Ismail diiringi oleh Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus, Ketua Eksekutif merangkap Rektor GSTC.