CTPD2025/S02B : ADVANCED E-INVOICE FOR OPERATOR

PEJUTA > CTPD > CTPD2025/S02B : ADVANCED E-INVOICE FOR OPERATOR

CTPD2025/S02B : ADVANCED E-INVOICE FOR OPERATOR

Kursus CTPD 2025: Advanced E-Invoice for Operator telah dijalankan pada 25-26 Jun 2025, bertempat di GSTC Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta kefahaman yang mendalam kepada kakitangan Jurukur Tanah Berlesen mengenai pelaksanaan sistem E-Invois selaras dengan keperluan terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Seramai 8 orang Juruukur Tanah Berlesen dan 26 kakitangan JTB telah menyertai program ini yang merangkumi sesi teori dan praktikal berkenaan struktur e-Invois, aliran kerja, serta penyediaan dan penghantaran invois secara digital. Kursus ini turut menampilkan perbincangan interaktif serta simulasi penggunaan sistem bagi membantu peserta memahami keperluan teknikal dan operasi yang terlibat.