PROFESSIONAL DAY PEJUTA 2025
Memperkukuh Jaringan Profesional & Tanggungjawab Sosial di Hat Yai, Thailand
Hat Yai, Thailand – 29 hingga 31 Ogos 2025. Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) telah menganjurkan Program Professional Day PEJUTA – CSR 2025 di Siam Oriental Hotel, Hat Yai, Thailand. Program tahunan ini memperkukuh jaringan profesional ahli serta memperluas keterlibatan bersama komuniti melalui aktiviti bermakna.
Antara pengisian utama ialah CSR bersama Majlis Perbandaran Khlong Hae, sumbangan kepada anak-anak yatim di Floating Market Khlong Hae, serta Majlis Makan Malam Professional Day – PEJUTA Gala Arabian Night 2025yang diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Khlong Hae, Mr. Suwat Leertjittham.
Seramai 55 peserta yang terdiri daripada ahli, Exco dan kakitangan PEJUTA turut menyertai program ini. Selain aktiviti rasmi, peserta berpeluang merasai pengalaman silang budaya melalui lawatan ke Rosecaree Thai Silk dan Erawadee Herbal Shop, serta menikmati keunikan kulinari dan masyarakat setempat di Hat Yai.
Program ini berjaya memperkenalkan profesion Jurukur Tanah Berlesen Malaysia kepada komuniti serta pihak berkuasa tempatan di Thailand, di samping memperkukuh silaturahim ahli dan hubungan profesional rentas sempadan.




























































































































































































































































































